Thursday 17 November 2011

Greyson Chance Datang Malaysia

Assalamualaikum

Secara sengaja aku buat entri pasal Greyson Chance ni , hehe. Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal dia , yang aku tahu , aku selalu jumpa dia dekat Youtube dengan Cody Simpson. Tapi bila dia datang Malaysia buat persembahan dekat Malaysia rasa macam tak percaya. Yang aku suka macam orang gila sangat ni , bila dia buat persembahan dekat AIM 2011( Anugerah Industri Muzik ) hari Sabtu hari tu dengan Najwa Latif. Dia nyanyi lagu Waiting Outside The Lines dengan Paparazzi duet dengan Najwa Latif. Bila habis je AIM , aku terus online Facebook. Bila dah buka tu , bukan main penuh dekat homepage aku , orang ramai post pasal Greyson. HAHA ! So , aku yang sebelum ni kurang minat / tak tahu pasal dia dah terminat dekat dia. Aku pun cari profil dia. Ingatkan dia 13 tahun , rupa-rupa 14 *wow ! muda lagi kot tapi suara matang ! Semenjak hari tu , aku asyik dengar lagu dia je. Okey , ni ada beberapa gambar Greyson Chance & Najwa Latif dekat Malaysia hari tu. Sila tengok =)




No comments:

Post a Comment