Tuesday 22 November 2011

Facebook Makin Teruk

Assalamualaikum

Hyeeee ~ ok , hari ni nak cerita pasal Facebook pula. Masa awal2 buat Facebook , punyalah happy gila tapi sekarang dah bosan sangat dengan Facebook sebab makin lama makin banyak gambar2 yang tak senonoh dipost sana sini. Semua orang tahu , Facebook ni bukannya setakat budak2 besar 18 tahun ke atas saja yang ada , tapi budak sekolah rendah pun ada. Mungkin yang tadika pun ada ? HEHE. Tak sesuailah ~ Kebanyakkannya gambar 'gay' dan gambar2 yang diedit untuk menghina agama Islam. Memanglah ada butang 'report' dekat Facebook tu , tapi tak membuahkan hasil. Takde gunanya. Kalau terjumpa apa2 gambar , just tengok dan terus tutup. Atau tak payah tengok terus , lagi bagus. Yang mana dah tengok tu , tak pasal2 dapat dosa free. betul tak ? HEHE. Gambar orang indon hina negara Malaysia pun ada , apalah nak jadi. Dah kalah tu kalah je lah , terimalah hakikat *opss! tercakap pasal bola pula dah. Kadang2 , nak buka facebook pun takde selera. So , pikir dulu sebelum nak buka sesuatu gambar tu. Biarlah gambar tu terpampang sendiri , tak payahlah kita pula nak sebar dengan menggunakan cara sedemikian. Tak baik buka aib orang. Bye !

Tahniah Malaysia <3 !

Monday 21 November 2011

Pemenang Festival Filem Malaysia

Assalamualaikum..
Malam semalam aku layan Anugerah FFM kat Astro Prima.. bagi aku agak bosan la.. tak rugi pun kalau tak tengok.. kepada yang terlepas peluang nak tengok, ni aku list kan nama-nama pemenang.. tahniah untuk dorang.. sila buat filem yang lagi best hendaknya.. siapa lagi nak support filem kita kalau bukan kita ^_-

  • Kategori Poster Filem Terbaik - Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  • Kategori Kesan Khas Visual Terbaik - Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  • Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik - Adik Mia Sara Nasuha
  • Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik -Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)
  • Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nadia (Filem Cun)
  • Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik - filem bertajuk Great Day
  • Kategori Lagu Tema Asal Terbaik - Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain
  • Kategori Pengarah Harapan Terbaik - En Jurey Rosli (Filem Libas)
  • Kategori Filem Pendek Terbaik - Filem Bertajuk The Other Side
  • Kategori Filem Animasi Terbaik - Mushroom Head (Multimedia University)
  • Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  • Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
  • Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
  • Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
  • Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
  • Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  • Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
  • Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
  • Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
teruskan support filem kita okay!! =)

Sunday 20 November 2011

Wayang ?

Assalamualaikum

Bosan gila~ aku rasa aku ni dah banyak ketinggalan. Bukan ketinggalan apa , ketinggalan movie2 yang terbaru sebab aku dah lama gila2 tak tengok wayang =( sedih gila kot. Aku ingat lagi last movie yang aku tengok , tu pun tahun bila. Setakat tengok movie terbaru keluar iklan kat tv je =='. Ish , memalukan betul. Padahal keluar bandar selalu tapi tak terpikir pun nak tengok wayang. HAHA. So , dah alang2 sekarang ni cuti sekolah , aku nak ajak family aku tengok wayang. HAHA =)

k bye ~

Saturday 19 November 2011

Wanita Dan kecantikan

assalamualaikum...



Nak jadi ala supermodel? jom-jom!!
Do it with Maybelline! yeah..


Learn how to get these looks and translate them into everyday looks! Let these looks bring out the model in you out to your everyday life and remember to vote for your favourite Maybelline NY Fashion Week look!

Friday 18 November 2011

Sekolah Tamat , Cuti Bermula

Assalamualaikum


Wow ! Hari ni hari last sekolah , lepas ni dah cuti. Macam tak percaya. Dah tak payah dah menghadap semua buku , kan kan kan. Boleh pergi bercuti , woohoo ! Perasaan bila dah habis sekolah , rasa macam kakak2 universiti baru lepas grade. HAHA. Tapi tak boleh jumpa kawan2 dah. Melekat dengan family lah pula. So , kepada yang rajin , senaraikanlah aktiviti2 yang korang nak buat sepanjang cuti sekolah ni. Banyak kot ! Lagi satu , berhati2 di jalan raya , HAHA. Jangan pikir seronok je tau ~ 

Selamat Bercuti ~ =) 


 

Thursday 17 November 2011

Fakta-Fakta Menarik

Assalamualaikum
 
Ni ada beberapa fakta menarik yang aku pernah baca , mungkin korang dah tahu tapi aku nak bitau juga =) 

  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak. 
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu 
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. 
  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. 
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari , anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
Percaya tak????

Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

Assalamualaikum


Sebagai manusia kadang-kadang ada hari aku jadi sangat tak yakin pada diri sendiri.. rasa macam mahu terjun dalam lubang dan kambus! Bila keyakinan takde memang tak keluar rumah la aku jawabnya.. Kenapa? malu.. perasan malu itu akan menebal dengan mendadaknya tanpa notis.. Secara tak langsung, aku akan menjadi pompuan melayu terakhir pada hari tersebut.. mak aku akan kagum, "pemalu benor anak aku ni" katanya dalam hati.. aku agak la.. yela, bukan senang nak jumpa pompuan pemalu cenggitu zaman sekarang kan.. 
oh noo -_-"
kenapa la kena ada rasa cenggitu eyh.. then aku g la google-google cara mengatasi masalah aku ni.. ni ada beberapa tips untuk di kongsi bersama orang yang senasib or hampir senasib dengan aku.. ni haa tips nya..

10 Tips untuk mewujudkan keyakinan diri;
  • Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
  • Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
  • Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
  • Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
  • Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
  • Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
  • Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  • Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Greyson Chance Datang Malaysia

Assalamualaikum

Secara sengaja aku buat entri pasal Greyson Chance ni , hehe. Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal dia , yang aku tahu , aku selalu jumpa dia dekat Youtube dengan Cody Simpson. Tapi bila dia datang Malaysia buat persembahan dekat Malaysia rasa macam tak percaya. Yang aku suka macam orang gila sangat ni , bila dia buat persembahan dekat AIM 2011( Anugerah Industri Muzik ) hari Sabtu hari tu dengan Najwa Latif. Dia nyanyi lagu Waiting Outside The Lines dengan Paparazzi duet dengan Najwa Latif. Bila habis je AIM , aku terus online Facebook. Bila dah buka tu , bukan main penuh dekat homepage aku , orang ramai post pasal Greyson. HAHA ! So , aku yang sebelum ni kurang minat / tak tahu pasal dia dah terminat dekat dia. Aku pun cari profil dia. Ingatkan dia 13 tahun , rupa-rupa 14 *wow ! muda lagi kot tapi suara matang ! Semenjak hari tu , aku asyik dengar lagu dia je. Okey , ni ada beberapa gambar Greyson Chance & Najwa Latif dekat Malaysia hari tu. Sila tengok =)




Blogger Berblogging

Assalamualaikum

Aku blogger baru dekat sini =) Jadi dengan rasa rendah dirinya , aku cuba untuk berblogging untuk kali pertama. Aku takdelah terer sangat berblogging ni , tapi aku nak cuba manalah tahu menguntungkan di masa hadapan . HAHA . Awal-awal ni , aku tak tahu nak tulis apa dekat blog aku yang superb awesome ni. First time buat blog adalah rasa teruja sikit , hehe bila dah hampir2 siap memang tergagap2 lah. Masih belajar lagi untuk berblogging , mencari inspirasi di sekeliling supaya isi di blog aku ni menjadi. Jadi , dengan keterujaan yang melambung2  dalam diri aku ni , aku pun menulis di blog ni dengan perasaan seperti kera mendapat bunga  . So , follow2lah aku =) byebye