Thursday 17 November 2011

Fakta-Fakta Menarik

Assalamualaikum
 
Ni ada beberapa fakta menarik yang aku pernah baca , mungkin korang dah tahu tapi aku nak bitau juga =) 

  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak. 
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu 
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. 
  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. 
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari , anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
Percaya tak????

No comments:

Post a Comment