Sunday 27 May 2012

Handsomenya Dia !

Assalamualaikum semua yg membaca *macam ada je yg nk bce =) Setelah berbulan2 saya tak layan blog saya ni , tetibe saya rasa rindu pula , jadi saya pun try la buka blog saya yg dah bersarang ni ~ takde pape yg berubah *follower xrmai=(. Saya buka ni dengan niat baik , saja nak melepaskan perasaan bosan dan excited dalam diri ni , kuikui >_< 

Okay2 , cukupla intro tu. Sebenarnya , 20.5.2012 haritu , kakak saya konvo tapi sebelum hari konvo tu , pergi la jalan2 kejap dekat KL padahal dh salu pegi. Apa yg menarik sangat entah haritu , haha O_o. Jalan2 pergi shopping , sebab tak lama lagi dapat kakak ipar , hooyeeah ! Pastu singgah la satu kedai yang duduk ceruk lorong je , haha *ish , xbaek kn. Walaupun kedai tu tak besar , sempit tapi owner dia dah buat saya gembira sepanjang hari tu :)) Rupa2nya owner dia tu orang korea sayasukakpopla. Malu pula nak citer , mula2 saya tak tahu pun kedai tu kedai korea , saya pun lalu la dekat depan kedai tu , dengan niat nak masuk , tapi sempit sangat , saya duduk luar je la. Masa mula2 tu , nampak ada orang cina dalam kedai ni , so tak kesah sangat la , tiba2 dia dengan ayah dia kot lalu depan saya , terdengar pula bahasa korea keluar dari mulut dia. Dan saya paham apa yang dia cakap masa tu , naik bulu roma. Sebelum tu lagi dah , kakak saya kata dia korean , tapi saya tak yakin. haha. Pastu , macam biasa , kalau saya terkejut gila2 mata saya akan bocor. Keluar pula air mata. Masa tu tak tahu nak sorok mana mata yang dah bocor ni , sambil tu tersengih2 sorang2. Saya dah risau kalau sesape nampak saya ke kan. Saya kesat mata saya laju2 dengan harapan takde orang nampak. 

Kakak saya boleh pula tinggal saya sorang dekat situ , lelaki tu pergi dekat kereta family dia kot , ambik Ipad. Saya pun apa lagi , mata tak boleh duduk diam , tak habis2 kiri kanan kiri kanan macam nak kawad pula dah , tak tahu la dia perasan ke tak. Tapi mak dia boleh cakap melayu ! awesome gila rasa masa tu , ayah saya pergi beritahu mak dia yang saya suka korean drama etc. Teruja + excited + happy + lucky , macam2 perasaan masa tu. Tapi yang bestnya , boleh pula saya dengan family saya duduk lama dekat kedai tu , dalam 1 jam rasanya. Bukan apa pun , tunggu mak dia je tampal manik2 dekat baju. Lelaki tu caring juga dengan pekerja dia , pekerja dia sorang je , perempuan pula tu. Rasa2 pekerja dia tu boleh cakap korea kot , baik la juga. Mak saya borak2 dengan pekerja tu. Bila dah sudah tu rasa macam "eh nak balik dah ke , ala cepatnya" rasa cepat pula padahal dah berjam2 tunggu. Sampai tak sedar , tahu? Kakak saya kata dia handsome , dan dia memang seorang yang good looking person. Hope one day , pergi kedai tu lagi. Bila berjalan keluar dari lorong tu , kakak saya pandang dia dan senyum , saya tak pandang pun , malu kot. Teringin nak cakap dengan dia rasa nak babai dia pun ada juga masa tu. Nak tahu umur dia juga , macam2 la. haihhh~ lepas keluar tu hujan pula dah. Jalan dalam hujan pula , rasa macam "eh , ada makna ke ni , kenapa tiba2 hujan? Haha.
Btw , saya seronok sangat haritu. Panjang pula citer saya harini , apa kes ni? ish ish , dah semua orang tahu saya kpopper. Okay la , untuk memendekkan update saya yang sebenarnya dah panjang , saya nak cakap "bye" untuk semua yang baca update ni. Tenkiu uollzzz !

Thursday 26 January 2012

Bunyi Pelik Dekat Langit ?

Assalamualaikum
Aku cuba sedaya upaya untuk update hari ni. Aku tak bersemangat nak update sebab follower ciput macam hapee jee ~ yela , memang untung bila aku dah follow , orang tu buat bodoh je. Sejak aku ada Twitter , aku dah tak layan blog. LOL ! Ok2 , back to the topic..
Dekat dalam Facebook , ada artikel pasal bunyi pelik dekat langit. Dekat Sarawak. Aku dah baca lama , tapi saja2 nak cerita sekarang. HOoho +_+ . Aku tak tahu la nak cerita macam mana , sebab kalau betul , semua tu kekuasaan Dia . Yang penting sekarang , jangan lupa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya. Aku memang takut sangat , terkejut bila tahu pasal benda tu. Siap masuk berita lagi. So , sekarang ni aku banyak search pasal dunia sekarang , banyak benda aku jumpa. 

Okey la , dah malam , babai ~ Assalamualaikum semua !

Sunday 8 January 2012

Tension + Serabut ^_^

Assalamualaikum 

Okey , hari ni banyak nak cerita. Tapi tak tahu nak start dari mana. Aku tahu aku tak update masa 1st Jan haritu , hehe ~ Pejam celik pejam celik dah 8 Jan rupanya. Bapak cepat ! terasa sekejap sangat masa berlalu ..hmm ~ Sekolah macam mana ? hmm , macam tu la. Boring la..
Kan dah cakap , masa cuti nak sekolah masa sekolah nak cuti
hadoii ~
Sekarang ni , aku tak paham dengan budak2 dekat sekolah aku. Suka sangat 'judge' orang..
Ingat dia bagus sangat la tu. Guys ! please stop it..
Aku suka dengan orang yang sedar dengan kelemahan dia sendiri , sebab dorang akan tahu rasa sakit dan tensionnya bila kena 'judge'..
kalau orang yang terlampau proud dengan diri sendiri , pemikiran dia sangat sempit..
Aku yakin , semua benda mesti dibalas balik..
perlu ke semua tu ? korang datang sekolah nak belajar kan ,
ke ada tujuan lain ??
  
Fikir sendiri la ~ taknak lebih2 , nanti tak pasal2 keluar perasaan marah ni .. huh ~

Okey , babai ~

Friday 30 December 2011

Hari Yang Memenatkan ~

Assalamualaikum 

Esok hari last dalam tahun 2011 O_O
sedih juga nak tinggalkan 2011 ni..
pastu , aku ada terbaca dekat satu artikel ni tentang 1433 Hijrah , 
iaitu bersamaan dengan tahun 2012..
satu lagi , pasal peristiwa 11 september 2001 tak silap aku..
memang tak sangka gila lepas baca , 
tu pun , mula2 kakak yang ceritakan , 
pastu aku pun pergi cari dekat internet..
kalau nak tahu , cari sendiri..

Semalam , 
memang penat sangat sebab pergi bandar lama sangat..
kaki sakit laa ~
pastu , malam tu terdengar bunyi benda , HAHA 
takut juga , hehe
sebab tidur lewat semalam..
Pastu harini , bosan sangat !
jadi , saya sign up twitter ~ LOL


follow oke ?

Babai

Tuesday 27 December 2011

Skype ?


Assalamualaikum


Wow ! SKYPE !?
 
Apa itu Skype ? Aku tahu , ramai dah yang guna Skype ni ..
So , aku pun nak lah cerita , cakap2 pasal *sekaip ni*
Kenapa ? Tak boleh ka ?
Jeles letteww~
Bagi yang tak tahu atau terlepas atau ketinggalan ke ,
*banyak pula 'atau' aku tu*
Aku bagi tahu dekat sini , walaupun aku sendiri ambil dekat wiki-wiki ~
Heheee~

Skype
is a proprietary voice over Internet Protocol service
and software application originally created by Niklas Zennström and Janus Friis, and owned by Microsoft since 2011.

Aku ada Skype tapi ..?
contact list , seorang pun tak ada !
HAHA , sebab aku lupa password dulu ,
tapi tiba2 je aku rasa nak sign in kan , 
so , aku try buat password baru..
Lepas tu , dapat lah sign in..

Jadi , sampai sekarang tengah fikir macam mana nak Skype-ing
dengan manusia2 atas muka bumi ni..
Aku ni malu2 nak webcam dengan orang tak kenal or lelaki gituu ~
sebab sekarang , semua tak boleh percaya !
Aku nak dengan kakak sendiri je , tapi kakak aku ni
busy pula time aku suruh dia install Skype tu..
So , nantilah aku pujuk dia walaupun *tangan di dada , mata ke atas* dia ada dekat rumah bersama aku..
HAHA

Skype dengan Yahoo Mesengger ? Mana lagi best ?
Bagi aku , mestilah YM , hehe sebab aku 'ngam' sikit dengan YM , 
dengan Skype ? , aku rasa "apa kebenda ni , how to use this ? OMG !"
Pastu , Skype kena bayar lah kalau nak guna untuk call oversea atau handphone
so , payah ! Skype ke Skype saja freeeeeeeeee ~
Cuma , YM slow sikit , Skype laju ~
So , better aku tak payah bagi sesiapa aku punya ID Skype , *memalukan yaww*

Kesimpulannya , ikut suka korang lah nak guna yang mana..
HAHA 
 
P/s : Minta maaf kalau entri kali ni , tidak best =)
Aku masih baru dalam dunia blogging
HARAP MAKLUM
 
Assalamualaikum
Annyeong
Zaijian
Adios
Ciao
Sayonara